Selasa, 6 Disember 2011

IdEa CeRiTeRa...

Semalam aku diberitahu bahawa lecturer ari ni nak sinopsis cerita bangsawan yang direka sendiri dan disebabkan  aku balik ditengah malam untuk movie suatu malam kubur berasap, aku pun terus tidur tanpa mengendahkan atau pening kepala nak fikir untuk buat sinopsis tersebut. tanpa aku sangka dua jam sebelum kelas, pen aku meluncur laju menulis sinopsis bangsawan setelah melihat atau membaca karya kawanku....aku tidak tiru langsung malah ini adalah idea lama yang tidak terluah melalui skrip dan aku tak sangka akhirnya ianya sesuai untuk dijadikan skrip bangsawan... aku suka cerita yang ada aksi lawan, bukan lawan kejam tapi lawan yang punya posisi yang cantik yang biasa kita tengok di cerita-cerita epik kongfu cina...seperti 'condo's hero' dan banyak lagi yang aku dah tengok tapi aku lupa nama tajuknya. Tambahan lagi kalau lawannya ialah perempuan, walaupun sedang berlawan, perempuan tu macam sedang menari....dan berhati-hati mengatur langkah walaupun pantas. ala....kalau korang tengok cerita macam tu, korang mungkin tergoda untuk melakukannya juga... walaupun aku tidak tulis secara lisan tapi aku nak babak berlawan seperti itu ada dalam skrip aku nanti.....walaupun aku tidak tahu macam mana skrip dia tapi tidak salah mencuba bukan. Walaupun akhirnya skrip aku tidak dipandang untuk dibuat skrip penuh, aku mungkin akan lakukannya juga. tidak semestinya assignmnt baru nak buat....mngkin aku boleh gunakan idea ini satu hari nanti jadi aku tak kesah karya aku tidak terpilih sebab aku dah puas akhirnya aku ada cerita, ada idea untuk menulis.....baru terasa nikmat hidup ini....


* sem baru, idea baru dan cara hidup mestilah baru....


love : xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan