Jumaat, 2 Disember 2011

AtAs NaMa CiNtA....

CINTA...., entah kenapa apabila melihat post facebook seorang kawan yang menyatakan dia sedih melihat kawannya menangis kerana cinta membuatkan aku punya pandangan sendiri tentang cinta.... persahabatan, cinta, dan kemudian pengorbanan adakalanya tiada keadilan.... aku sangat tidak sokong apabila ada wanita sanggup mengorbankan maruah diri hanya untuk cinta...yup! cinta perlukan pengorbanan tapi masih tidak layak dipanggil cinta bila tiada ikatan yang sah antara si dara dan si teruna...memanglah 'senang apabila berkata daripada melakukan' tapi lebih senang mengelak daripada mula melakukan..... orang mungkin akan kata 'kau single lagi boleh la cakap besar....' tapi percayalah, aku selalu berdoa agar iman aku sentiasa terpelihara apabila ada seseorang yang mula bertahta dihati dan membalas cinta aku ini.... kerana aku takut terkena kejutan budaya.... aku punya pelbagai kawan yang ada pelbagai masalah dan kebanyakkan nya aku manfaatkan dalam kehidupan ini supaya apa yang dilaluinya dapat menjadi panduan untuk perjalanan hidup aku disamping membantu kawanku keluar dari masalah....

kalau korang diluar sana ada kawan yang sedang mengalami masalah tentang cinta, sentiasalah berdampingan dan pinjamkan lah telinga untuknya.....kerana saat ini hanya itulah yang diperlukan disamping berikan kata2 positif bila keyakinan diri mula pudar dalam dirinya.....tahu cerita sebenar sebelum menghukum seseorang....kerana adakalanya kawan kita sendiri penyebab kegagalan cintanya....

p/s : mungkin bercinta selepas berkahwin lebih baik......tapi entah kenapa hati aku masih tak boleh terima kenyataan itu.....ish...ish...ish... :-P


love : xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan