Khamis, 20 Oktober 2011

CeRiTa & CiNtA

Di saat aku menghabiskan cuti ni aku di kelilingi suasana perasaan yang suka pada benda2 yang jiwang karat ni temasuk cerita korea yang bersungguh-sungguh aku cuba elakkan untuk menontonnya.... tapi jujurnya aku suka cerita cinta yang tak serius dan membuatkan aku gelak ceria....dan tak sedih.....ada la jugak sedihnya tapi tak banyak la....dan satu2 cerita korea yang aku tengah layan sekarang ialah Coffee Prince....cerita dia mengisahkan tentang seorang perempuan yang menyamar menjadi seorang lelaki semata-mata ingin bekerja dekat Coffee Prince Cafe ni yang hanya mengambil pekerja lelaki........pelbagai masalah yang dihadapi sehingga seorang demi seorang pekerja kedai coffee prince ni tau akan penyamarannya.......disamping itu perempuan ni sebenarnya dalam diam dah jatuh hati pada pemilik kedai yang hensem ni..... sebenarnya cerita ni mungkin dah nak habis sebab aku tengok dah nak ke happy ending dah tapi kalau korang rasa nak tengok juga korang boleh la tengok kat NTV7 pukul 12 sampai 1 tengahari.....cerita ni tak serius sangat sebab pekerja kat coffee prince tu pun pelbagai ragam...kalau korang tengok masa penyamaran dia tidak diketahui lagi...korang akan gelak tak kering gusi dengan watak Go Eun Chan.....


itu pasal satu-satunya cerita korea, ni pulak pasal cerita luar negara yang diadaptasi daripada novel iaitu ' siri Twilight Saga  Breaking Dawn', yang ni pulak adik aku punya pasal....dulu aku buat do no je sebabnya mungkin aku da benda lain yang lebih penting aku kena fikirkan.....dah sebulan lebih aku duduk rumah, aku pulak terpengaruh dengan novel ni...adododododo....mulanya malas nak baca sebabnya buku ni boleh tahan tebalnya..( aku ni jenis kalau dah baca tak reti nak berhenti) disebabkan buku ni aku dah terlupa yang aku ada fb, twitter, blog, dan sebagainya...... dan aku mengambil masa 3 hari untuk habiskannya jika ditolak hari yang aku terpaksa study untuk exam muet aku......pencapaian yang tidak begitu membanggakan sebab mungkin aku boleh membaca lebih cepat daripada tu...erm...... semalam pulak aku habiskan masa sehari dengan adik untuk tengok balik movie siri twilight saga yang sebelum ni iaitu ' twilight', 'New Moon', dan 'Eclipse'.....arhh..... falling in love with Edward, and Jasper....dan  otak aku mula mereka pelbagai angan-angan yang mungkin aku boleh gunakan untuk skrip aku akan datang.....


apa-apa pun aku masih layan lagi cerita melayu iaitu 'Katsarin' kat Tv1, cerita ni aku layan masa sebelum aku menjalankan misi membaca buku 'Breaking Dawn' lagi....ye lah bosan punya pasal tiba-tiba macam tertarik pulak dengan cerita ni yang ditayang kan pada pukul 1 sampai 2 pm ni....

kalau korang nak tahu, semua cerita yang aku membebel kat atas ni semuanya berkisar tentang CINTA, susah nak mengaku tapi sesungguhnya aku memang jiwang tapi aku cuba mengelak dari kenyataan dengan melayannya sekali sekala sahaja, aku yakin bila aku sambung belajar balik nanti minat itu akan sikit2 aku lupa kan....dan ia akan datang kembali bila aku bosan.....




p/s : terima kasih kerana sudi membaca....komen2 la kalau korang tau cerita yang aku tulis ni... sementara tu korang layan official trailer breaking dawn ni k...... sesungguhnya kalau korang cari kat youtube...official trailer dia memang banyak, tak termasuk yang peminat buat lagi.....erm.....





Salam Sayang : xxx_zue zue




Tiada ulasan:

Catat Ulasan