Isnin, 20 Jun 2011

AiR mAtA....

                Ada yang kata air mata ialah simbol kelemahan, ada yang kata air mata pisau yang mampu menikam sanubari yang tak mudah goyah dan ada yang kata air mata ialah mainan yang mampu mengubah keegoan seseorang. Apa-apa pun tanggapan air mata pada anda semua, bagi saya air mata ialah sesuatu benda yang dapat melegakan perasaan dan kadang-kadang air mata juga mampu membuat kita ke jalan yang benar, jalan yang kita cari selama ini. Ia juga bergantung pada kita memanfaatkannya air mata itu, adakalanya saya ego kerana tidak mahu ada yang tahu bila dan kerana apa air mata saya menghiasi pipi gebu ini tapi saya tetap seorang perempuan yang kadangkala punya rasa yang tak perlu diungkap dan kadangkala tidak patut diungkap. Ya, saya tak suka keluarkan air mata, kerana saya nak gembira dan kaya dengan senyuman tapi bila ia hadir, tanpa sedar air mata peneman sejati ditemani bilik dan bantal yang setia.....dalam tangis pun kadang-kadang senyuman hadir bagi memujuk hati yang disakiti......erm..itulah saya....











dalam dunia : xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan