Rabu, 1 Jun 2011

KeLuHaN dAlAm TaNgIsAn....

Setiap titisan minda bermain biarpun hati tertusuk duri 
dibayang mata ada yang mengelilingi cinta
tapi tidak bisa diusik mahupun disentuh
tanpa henti menggapai sinar kehidupan 
membiar hati lara bersama panah sengsara
penglipurlara membuka jalan sejuta persoalan yang bakal dilalui
patah goyah membawa dosa semalam  tanpa kata maaf
kerana gentar halangan berserta dugaan ranjau kehidupan
setiap saat berfikir bersama renungan sejenak
kehidupan fantasi yang mengharapkan berlian kecantikan
KELUHAN...
bukan itu yang patut menghiasi mimpi-mimpi siang 
TANGISAN...
bukan itu yang diharapkan pada duka yang mendatang
cuma kedamaian didampingi dan disayangi
kerana diri 
seorang insan biasa yang punya titik hitam dosa semalam...





cetusan idea : Zulaikha Sabri (xxx_zue zue)


** inilah jadinya kalau dah bosan sangat dok dengar lecturer membebel lama sangat kt depan kelas, karya kat atas direka semasa saya dok dlm kelas pagi tadi, telinga dengar tapi tangan tak leh nak dok diam jadi terciptalah sesuatu yang d'panggil karya....hope enjoy...:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan