Isnin, 6 Jun 2011

SeLsEmA

                      Ari ni buat pertama kalinya aku terbangun lambat daripada biasa, biasanya sebelum azan Magrib diri ini akan tersedar sendiri tapi tak tahu lah, memang aku sedar bila dengar azan Magrib tadi (sebab aku jenis yang mudah terjaga) tapi tetiba duniaku kelam kembali, sedar-sedar dah 15 minit Azan Magrib berkumandang dan aku masih cuba membuka mata yang berat dan apabila aku cuba untuk duduk, 'aduh!! sakitnya kepalaku..' (tiru ayat iklan tv lah pulak...hihihihihi). ha..padan muka kau zue, itulah balasannya kalau tidur terlebih waktu (sambil diri mengomel sendirian). hahahaha macam buat cerpen pulak aku ni tapi itulah yang terjadi, jadi untuk hilangkan rasa mengantuk dan pening kepala, aku berjalan-jalan melawat kawan rumah aku yang lain kat bilik mereka dan seperti biasa ika (ika katimin) tak ada ( sama ada turun bawah pergi umah radziah atau rumah diba atau pun pergi makan malam). Cakap sal Ika Katimin, kesian pulak aku tengok dia, dia tak pernah lupa ajak aku pergi keluar makan malam sama2 dengan diba dan kawan2 yang lain tapi aku...?, selalu menolak dengan pelbagai alasan sampaikan tadi dia ajak pun aku senyum saja, dia dah tahu apa keputusan aku....(sorry ika, aku jarang makan malam). dan bila kaki nak sampai sahaja ke bilik Saadah dan Bella, Saadah keluar bilik sambil bersiap-siap pakai tudung ( tak yah tanya, aku dah tau dia nak keluar seperti biasa dengan rakannya untuk makan malam)  dan sempat juga aku melabuhkan punggung ku kat katil Saadah sambil melihat Bella tengah syok melayan drama Korea siap gelak-gelak lagi (lawak la kot cerita yang dia tengok tu, aku tak berminat pulak nak tahu sebab diri masih mamai dalam menahan rasa sakit kat kepala ni) Bukan itu sahaja, selsema aku disebabkan kena habuk semalam pun tak baik lagi...hidung masih lagi berair...ayoyo...zue..ko baru baik sakit ko tau tak...(merungut lagi aku ni..hihihihihii), pape pun jap lagi kena makan ubat selsema...cakap pasal ubat, sebelum aku tidur semalam, aku sempat menelan sebiji ubat selsema dan mungkin dengan pergerakkan yang lambat untuk ambil air untuk minum, ubat dalam mulut ak sempat cair, nasib aku seorang yang tak enti ubat dan tak bising satu rumah kalau tak puas hati kat sesuatu jadi aku diam je lah tapi susah jugak aku nak menahan rasa pahit yang telah sekian lama aku tinggalkan ini (bukan sebab aku dah lama tak makan ubat k..tapi sebab aku jaguh dalam menelan ubat ni..hahahahaha), pahit dia sampai nak tidur pun masih terasa lagi..adoii...


**ni je pos ak utk ari ni...hahahaha..tak yah tanya sebab kenapa aku agak rajin update blog aku sejak akhir-akhir ni..hihihihihi..kalau tak update plak ada yang rindu..(perasan jap) pape pun tq sebab rajin datang melawat blog yang tak seberapa ni...


Ceritera Kehidupan : xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan