Ahad, 5 Jun 2011

kE mAnA sTaMiNa DuLu???

                Salam, tetiba je ak cakap pasal stamina...sesetengah orang akan menyatakan 'buang tabiat ke apa si  zue ni?, tiba-tiba cakap pasal stamina...', memang ak nak cakap pasal stamina kerana ari ini stamina aku sebagai seorang yang bergelar komander agak teruji. mngkin ada orang akan kata 'ala zue, tu baru sikit...', itu aku tak nak kata apa tapi yang aku tahu hari ini diriku sangat penat. Disebabkan hari ini ada taklimat KOKO untuk Diploma part 1,2,dan 3, kami iaitu para Komander Diploma Puncak Perdana dah kena turun dengan pakai full U daripada pukul 9.50 pagi lagi dan segalanya selesai nak dekat pukul 5 petang. angkat meja dengan memakai full u sesuatu yang masih tak terlintas dalam kepala aku, tapi atas arahan aku turutinya juga. kadang-kadang rasa nak tanggal kan aje baju tu dan pakai baju T sebab memang tak selesa langsung sebab banyak berpeluh. Pada permulaannya kami dikendaki menyusun kerusi dalam dewan yang dipenuhi kerusi bercampur meja, tangan yang sakit akibat bermain badminton masih belum baik tapi aku gagahkan juga mengangkatnya dan menyusunkannya di belakang dewan tersebut. mula2 tak la rasa letih sangat tapi bila dah lama2...aduh rindu sama katil ma...time tunggu kat kuanter untuk kelab teater tadi pun mata aku dah berat, tapi aku gagahkan, cuma kadang2 tu tertidur la juga sementara nak tunggu budak-budak tu habis taklimat dan kemudian mendaftar kat kuanter yang aku jaga. Disebabkan kuanter kelab yang aku jaga untuk part 2 dan part 3 yang dibenarkan keluar mendaftar dulu, semasa part 1 mendaftar aku sempat juga menguji kelantangan suara dan kebengisan muka aku, nak tunjuk garang la konon pada hal tak da la garang mana ( tak sampai hati sebenarnya sebab budak part 1 semua muka skema) hanya disebabkan mereka bising semasa mendaftar dan kalau korang nak tahu aku sempat juga menjeling kononnya menandakan aku marah sangat2 la padahal hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sempat juga aku memandang dan menilai budak2 yang bakal menjadi pelatih aku nanti...macam2 gelagat dan perangai. Tapi apa yang sedihnya, pelatih lelaki SANGAT SEDIKIT dan itu amat mengecewakan kerana aku amat berharap komander yang akan datang banyak lelaki berbanding intek kami yang banyak perempuan. Selepas habis ja sesi taklimat dan pendaftaran, kami diminta menyusun kembali kerusi dan meja seperti keadaan asal sebelum kami menggunakan dewan itu, aku dan mengeluh sebab masa tu aku sangat penat + mengantuk tetapi bila mengenangkan dan melihat semangat dan daya kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan aku yang lain, diri ini mula bersemangat tapi agak lawak bila aku fikir balik cara aku susun meja tadi, tidak sedikitpun aku angkat meja seperti mana aku buat semasa sebelum taklimat dimulakan, kini aku buat dengan pantas dan agak kasar aku rasa (sehinggakan tangan aku bengkak sebab terlanggar meja). aku tarik aku susun aku tarik aku susun (yang aku tarik tu meja ok, harap maklum) kerusi pun aku susun dengan agak kasar tidak seperti awal2 tadi dengan sopan santun. bunyi dalam dewan tu dah macam apa tah, bising sangat2 sebab semuanya tarik meja atau istilah lebih tepat heret meja dan susun dan apa yang menariknya ada yang pas2 meja agar ia disusun dengan cepat. selesai je semua, kami diminta berkumpul dan Komander Hatikah Ahmad diminta mengambil baris dan adalah sesuatu yang berlaku (komander yang ada dan terlibat je yang tahu) dan akhirnya kami bersurai, untuk hari ini, jimat duit aku sebab dapat makan nasi free walaupun makan tengahari pukul 5 petang. Sampai je rumah, aku salin baju pastu makan dan kemudian masuk bilik ambil laptop,  pasangkan lagu dan terus mendapatkan katil, ahh selesanya...


**inilah kisah aku sebagai seorang komander, ini aku baru ceritakan pengalaman komander yang hanya sedikit, banyak lagi pengalaman2 sem lalu yang menjadi kenangan buat aku sehingga sekarang, kenangan yang mematangkan dan menyedarkan aku tentang banyak perkara.



Sebuah Kenangan Dari
 Komander Rendah Muda Zulaikha Sabri: 
xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan