Rabu, 8 Jun 2011

AkU dAn DeMaM

 Tak sampai sebulan aku baik dari sakit Asma, 
datang pulak sakit baru secara mengejut iaitu demam panas...
mula-mula hanya selsema biasa sebab aku terkena penangan habuk tapi tak sangka pulak malamnya aku seram sejuk dan kemuadian demam, 
sebenarnya demam aku datang secara mengejut dan aku sendiri tak tahu kenapa. 
Ayah kata mungkin aku kurang minum air dan itu saja aku rasa alasan paling logik yang boleh aku terima sebab ada yang kata aku kena kacau hantu 
(tak boleh terima sebab aku dah start rasa badan aku lain macam dalam pukul 10 malam, dan sebelum tu aku dah selsema) dan ada gak yang kata sebab crowd control
 ( tak leh terima jugak sebab crowd control dah nak dekat dua minggu yang lalu dah, tak kan effect dia lambat sangat kan?) so alasan yang paling bagus dan paling tepat ialah badan aku kurang air dan hadiahnya....
jeng...jeng...jeng...

mak mesti takut tengok tangan anak dia jadi cam ni...hahahahahaha..anak mak kan kuat...:-P


Alhamdulillah satu botol je, lau 2 maunya 1 hari suntuk aku dok kat PK (Pusat Kesihatan) tu...






korang mesti gelakkan, sebab dalam sakit2 pun sempat aku tangkap gambar, aku pun tak tau macam mana boleh terlintas nak tangkap gambar time tu tapi yang pasti ini pengalaman baru buat aku, disebabkan dah biasa kena cucuk jarum so aku dah tak ngeri dah tapi jarum kali ni agak besar jadi sampai ke hari ini tangan aku masih lebam lagi dan sakit malah bekas cucuk jarum pun masih jelas..... dan semasa aku demam Siti Allia dan Faezah lah yang sudi layan aku macam budak kecik...hahahahaha (masa ni la nak mengada pun) dan aku amat hargai apa yang diorang dah buat pada aku. terima kasih sangat2, zue sayang sangat korang berdua. dan kepada semua yang amik berat pasal diri ini, terima kasih..luv u all...

to mak, ayah dan abang : angah dah sihat dah....badan pun dah tak panas cuma sakit tekak je lagi, nanti angah minum air k.... :-)





a lot of love: xxx_zue zue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan