Zulaykha Zuhayra

Zulaykha Zuhayra

Ahad, 5 Jun 2011

SI PENULIS KARYA

 Sementara menunggu budak2 mendaftar tadi, sempat lagi aku menulis karya2 untuk menghilangkan rasa mengantuk yang mula menguasai diri, ada la dalam 3 buah kesemuanya tapi semuanya pendek2 belaka. kalau korang bosan, aku minta maaf ye tapi kalau sudi bacalah...

KECEKALAN


Pernah hati dilukai,
pedih darah mengalir,
menitik-nitik,
membentuk sungai kecekalan,
kaki melangkah perit pedih,
tidak pernah mengalah,
merah bertukar jernih,
membakar api sekam,
yang selama ini mengotorkan pemandangan.



PUSINGAN KEHIDUPAN

Apabila dunia mengenal mentari,
beku sejuk mula tercipta,
kehidupan mula berbeza,
terlayang-layang keindahan masa,
tanpa mengenal musnah dan dosa,
kilauan harga menjadi sasaran,
penat mengejar segala yang terindah,
terjatuh tersingkir rebah di jalan,
semangat kembali berdiri mula terbina,
membangun bangsa gagah,
tanpa mengenal rasa goyah.




LEMPARAN KASIH

Hilangnya drama indah,
nilainya tersembunyi,
memanggil-manggil sinar harapan,
gugus kasih dilempar,
sinar menyala sukar ditangani,
dipetik kisah dan harapan palsu,
tidak mengenal salah semalam,
kuat itu ungkapan,
merelakan darah semangat,
untuk meneruskan kehidupan.


** HAK CIPTA TERPELIHARA OLEH ZULAIKHA SABRI (ZUE ZUE)



Titisan Suara  Bergema Mengacau 
Titian Suratan Dan Harapan :
xxx_zue zue 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan